Saturday, December 25, 2021

Enam negeri berpotensi alami hujan berterusan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Enam negeri berpotensi mengalami hujan berterusan dalam tempoh terdekat iaitu di Sabah Timur dan Sarawak Barat pada 27 hingga 30 Disember ini, manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 hingga 31 Disember 2021.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Berdasarkan analisis itu MET Malaysia menjangkakan akan berlaku luruan monsun pada 27 hingga 31 Disember. Pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.ammad Helmi berkata, angin kencang dan laut bergelora pula diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 hingga 31 Disember ini.

Justeru, katanya, orang ramai yang merancang perjalanan ke kawasan terlibat dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

Kata beliau, MET Malaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir bila keadaan memerlukan. – K! ONLINE

No comments: