Ahad, 14 November 2021

Kerajaan tolak debat calon KM Melaka disiarkan di RTM

MALAYSIA POST

Kerajaan tolak debat calon KM Melaka disiarkan di RTM

FAKTOR hanya Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan alasan debat antara calon Ketua Menteri (KM) Melaka ditolak untuk disiarkan menerusi platform media rasmi kerajaan. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, ianya tidak sesuai dilaksanakan, memandangkan pilihan raya itu hanya melibatkan Melaka dan bukan seluruh negara. 

Beliau berkata, hasil perbincangan di peringkat kementerian mendapati, debat seumpamanya belum sesuai dilaksanakan melalui saluran nasional, sebaliknya lebih wajar disiarkan menerusi portal atau saluran persendirian.

“Kita kena ambil kira selepas ini akan ada lagi PRN di negeri yang lebih besar dan jumlah calon lebih ramai, dan mungkin pilihan raya umum dalam masa akan datang.

“Kalau buat di Melaka, ia akan jadi satu ‘precedent’ (duluan), maka perlu fikir mendalam kerana ada baik dan buruknya,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini. 

Annuar menjelaskan, ketika ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberi laluan memberi pendedahan pengenalan calon secara saksama, sama ada bagi parti atau calon Bebas.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dalam satu rakaman video mendakwa hanya calon KM PH, Adly Zahari yang menerima cabaran debat itu.

Presiden PKR itu mendakwa, calon KM Barisan Nasional Sulaiman Md Ali, menolak cadangan debat berkenaan, manakala calon Perikatan Nasional (PN) masih belum diumumkan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: