Seorang penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang lain akan cuba menjatuhkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MP Shah Alam, Khalid Samad berkata anak murid Anwar yang juga Presiden UMNO itu bersama beberapa pengikutnya yang setia boleh menarik sokongan terhadap Ismail Sabri seperti yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
“Lepas itu kerajaan Pagoh (Muhyiddin) juga dijatuhkan, bukan oleh PH (Pakatan Harapan), tapi 14 Ahli Parlimen UMNO yang tarik sokongan.
“Ada kemungkinan YB Bera (Ismail Sabri) akan dijatuhkan kembali, dan kalau ia berlaku itu adalah kerana budaya politik yang buruk dan rosak yang diamalkan sesama mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Khalid yang juga pemimpin kanan parti Amanah itu mendakwa Ismail Sabri tidak mempercayai Presiden UMNO tersebut sehingga tidak mahu mengadakan usul undi percaya di Dewan Rakyat walaupun pada awalnya berjanji untuk mengabsahkan kedudukannya sebagai PM.
“Dia (Ismail Sabri) sedar dia duduk bersama geng pencuri yang tidak boleh dipercayai.
“Itu sebab dia tak nak buat undi percaya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM Kesembilan susulan peletakan jawatan Muhyiddin selepas kehilangan majoriti MP di blok kerajaan.
Muhyiddin hilang majoriti apabila gerombolan 15 MP UMNO diketuai Zahid menarik sokongan.
Sebelum, beberapa pendedahan berhubung komplot Anwar dan Zahid didedahkan media, ia termasuk klip audio tular pada April lalu yang mendedahkan rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin.
Malah, tahun lalu Zahid dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak juga menghantar sepucuk surat ke Istana Negara yang menyatakan sokongan kepada Anwar tetapi rancangan tersebut gagal.
No comments:
Post a Comment