Walaupun mempunyai pilihan untuk terus bermain politik apabila diserang lawan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan jalan terbaik demi rakyat bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa kepada kerakusan mereka yang gila kuasa.
Mantan Perdana Menteri itu berkata tindakan blok pembangkang yang bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat dalam membuat tuduhan kononnya kerajaan diterajuinya sebelum ini tidak berjaya mengekang penularan Covid-19 boleh dibalas dan terus berlawan, namun itu tidak akan menyelesaikan kemelut politik yang melanda dan rakyat akan marah.
“Saya sudah 45 tahun dalam kancah politik, saya tahu politik, bukan saya tidak tahu berbahas, hentam lawan (dalam politik).
“Tetapi saya tahu rakyat susah, saya akan dimarahi kalau saya buat begitu kerana kes tidak selesai tetapi kita bergaduh sesama sendiri, berebut kuasa,” katanya semasa wawancara dalam Astro Awani.
Untuk rekod, blok pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang bersama-sama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan 14 Ahli Parlimen UMNO yang lain menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Anwar yang pada mulanya sudah geli-geli untuk menjadi Perdana Menteri (PM) akhirnya ditipu oleh Presiden UMNO tersebut apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan sebagai pengganti Muhyiddin.
Ismail Sabri dilantik PM Kesembilan selepas berjaya mendapat majoriti yang dikehendaki mengikut Perlembagaan dan Anwar masih kempunan apabila kali ini ditipu anak muridnya.
Untuk rekod, Anwar dan Zahid juga pada April lalu didedahkan terlibat dalam satu perbualan telefon berkomplot untuk menjatuhkan Muhyiddin.
Menurut Muhyiddin, tumpuannya kini adalah untuk membantu rakyat dan mencari pendekatan terbaik bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.
“Kerana itu, saya sebagai Perdana Menteri (dahulu) dan walaupun tidak lagi kini, (fokus) adalah untuk membantu rakyat.
“Itu bagi saya paling penting, paling utama. That is what we have been doing and I think we have been quite successful in that area,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga memuji langkah kerajaan Ismail Sabri yang baru-baru ini memeterai kerjasama dwipartisan menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) diatas dasar untuk membawa kestabilan kepada negara.
“Bagi saya kalau itu dapat kita lakukan tidak kira, asalkan tidak ada gangguan politik yang berpanjangan. (Seperti) baru-baru ini yang saya lihat MoU Kerajaan dan Pakatan Harapan dapat meredakan (keadaan) dan memberikan lebih masa untuk menumpukan kerja induk.
“It is about recovery (pemulihan), itu penting bagi kita. Jadi itu kalau dapat kita kurangkan, kita dapat membantu rakyat,” tambah beliau.
No comments:
Post a Comment