Bernama
Hasni
berkata tiada keperluan bagi UMNO Johor ataupun Barisan Nasional Johor
untuk membuat sebarang keputusan buat masa ini berhubung isu-isu
berbangkit termasuk sokongan ke atas Perdana Menteri. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:
Keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor hanya akan
ditentukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan
pada Khamis hadapan, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Beliau
menyifatkan persidangan DUN yang dijadualkan pada 12 Ogos ini, sebagai
platform yang sesuai untuk membincangkan sebarang perkara berbangkit
dengan kehadiran 56 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Macam
kenyataan saya terdahulu, kita akan terus menjunjung demokrasi di Johor
ini tetapi kita juga tahu bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
dan undang-undang di negeri ini, adalah menjadi asas kepada sebarang
keputusan dan tindak tanduk kita.
Jadi
melihat kepada perkembangan, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)
akan menentukan keabsahan beliau di Parlimen seperti mana yang
dititahkan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ahli-ahli
Parlimen sudah diberi mandat untuk membuat keputusan, jadi saya tidak
mahu menyentuh tentang pendirian Ahli-ahli Parlimen dan sebagainya
tetapi sebagai ketua kerajaan (negeri), saya merasakan bahawa
perkara-perkara yang dibangkitkan ini, boleh kita bincangkan di Dewan
Negeri bila kita bersidang untuk menentukan juga keabsahan kerajaan
negeri dengan keputusan yang dibuat," kata beliau kepada pemberita
selepas melawat program vaksinasi swasta di KPJ Abdul Samad, di sini,
hari ini.
Justeru, Hasni yang juga
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, berkata tiada keperluan bagi
UMNO Johor ataupun Barisan Nasional Johor untuk membuat sebarang
keputusan buat masa ini berhubung isu-isu berbangkit termasuk sokongan
ke atas Perdana Menteri.
"Di situlah
(sidang DUN) saya rasa platform yang sesuai untuk kita mengambil satu
keputusan berkaitan dengan isu-isu berbangkit...jadi perkara yang
disebutkan (kenyataan Bersatu Johor) kalau ia bersifat politik, buat
masa ini, tidak ada keperluan untuk UMNO negeri ataupun BN Johor membuat
sebarang keputusan.
Tentang kedudukan
sokongan terhadap PM ke apa ke, itu semua akan kita akan (jelaskan) pada
persidangan DUN nanti. Saya sendiri akan membuat pendirian terhadap
perkara yang berbangkit itu," kata Hasni, yang juga ADUN Benut itu.
Setakat ini, Hasni mengesahkan kehadiran Muhyiddin, yang juga ADUN Gambir itu, ke sidang DUN.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha
Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal semalam yang mahukan UMNO Johor
membuat pendirian mengenai isu sokongan kepada Perdana Menteri dan
Kerajaan PN.
Johor kini dipimpin PN Johor dengan majoriti tipis 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.
Kerajaan
negeri diterajui UMNO Johor dengan 14 kerusi, Bersatu dengan 12 kerusi,
MIC dua dan Pas satu kerusi manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14
kerusi, Parti Amanah Negara (sembilan) dan PKR empat kerusi.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan