Jumaat, 27 Ogos 2021

Ribut petir dijangka landa lapan negeri petang ini

 Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di satu atau dua tempat melibatkan lapan negeri pada sebelah petang, hari ini.

“Ribut petir dijangka akan berlaku di satu atau dua tempat di Johor serta kawasan pedalaman di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir turut diramal berlaku di satu atau dua tempat di Pantai Barat, Sabah selain hujan di satu atau dua tempat di Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan di negeri itu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, hujan turut dijangka berlaku di satu atau dua kawasan di Perak selain di Serian, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak pada petang ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: