Jumaat, 27 Ogos 2021

Kabinet baharu kekal kuota lapan Ahli Parlimen PAS

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri mengetengahkan jemaah menteri yang menggandingkan menteri sebelum ini yang diberi peluang semula bagi memantapkan jemaah Kabinet baru.

Dalam pada itu, Kabinet yang diumumkan sebentar tadi mengekalkan jumlah lapan Ahli Parlimen PAS sebagaimana sebelum ini iaitu tiga menteri dan lima timbalan menteri.

Advertisement

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang kekal Menteri Alam Sekitar, Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Lima lagi Ahli Parlimen PAS yang dilantik sebagai timbalan menteri ialah Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)], Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia). HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: