UKRAINE: Akibat rasa dikhianati dan tertipu, seorang isteri tergamak memasang skru pada bahagian kemaluan suaminya di sebuah bandar di Ukraine, Zaporozhye.
Lapor Daily Star, wanita itu melakukan perbuatan tersebut semasa suaminya sedang tidur sebagai balasan terhadap pengkhianatan yang dilakukan.
Akibatnya, kemaluan lelaki itu membengkak sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan objek logam tersebut.
Lelaki itu kemudian mendapatkan rawatan di hospital bagi mengeluarkan skru tersebut.
Doktor di hospital bukan sahaja terpaksa menggunakan air sabun bagi membuang objek terseut, bahkan terpaksa melakukan pembedahan.
Sementara pesakit itu melakukan persiapan untuk menjalani pembedahan, doktor berusaha menghubungi penyelamat Cobra.
Timbalan Ketua Cobra, Eduard Nekhoroshev berkata, pakar perubatan dihubungi bagi menggunakan peralatan khas seperti penggiling sudut.
Akhirnya, pasukan penyelamat berjaya memotong skru logam itu dengan penuh hati-hati di sisi bertentangan sehingga tertanggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan