Firdaus Azil
Sumber
itu berkata segala perbincangan antara Perdana Menteri dan Yang
di-Pertuan Agong diminitkan, dan mustahil Muhyiddin tidak memberitahu
perkara yang sebenar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Dakwaan Perdana Menteri diarahkan meletakkan jawatan sebanyak tiga kali
oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dilaporkan Sarawak Report
adalah palsu, dan berniat jahat.
Sumber
dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, laporan itu ditulis dengan
tujuan untuk memberi persepsi negatif terhadap hubungan antara Ketua
Negara dan Ketua Eksekutif tersebut.
Tambahnya
lagi, penyebaran berita palsu dan pembohongan tersebut, sengaja dibuat
oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen UMNO supaya
menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Paling
ketara (laporan) itu mengatakan Perdana Menteri hanya menghadap Baginda
Tuanku selama lima minit di Istana Negara pada Rabu, padahal ia
sebenarnya berlangsung selama 45 minit.”
“Hubungan
diantara Baginda Tuanku Agong dan YAB Perdana Menteri amat baik.
Baginda Tuanku seorang yang bijaksana dan memahami keperluan sebuah
kerajaan yang stabil,” kata sumber itu lagi.
Terdahulu
portal Sarawak Report mendakwa, Muhyiddin tidak memberitahu perkara
sebenar tentang perincian perbincangan antara beliau dan Agong di Istana
Negara tempoh hari.
Portal itu mendakwa,
ia mendapat maklumat dari sumber yang rapat dengan kerabat diraja,
bahawa Agong sewaktu pertemuan itu meminta Muhyiddin meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri.
Portal
itu turut mendakwa, Agong sebenarnya bersetuju dengan permintaan
Muhyiddin agar Usul Percaya terhadap keabsahan kerajaan dilakukan di
Dewan Rakyat serta-merta, bukan September.
Namun,
sumber PMO menyangkal dakwaan itu dan berkata, Perdana Menteri juga
telah menyebutnya semasa mesyuarat Kabinet tentang Baginda Tuanku
berkenan undi percaya terhadap beliau dibawa ke Parlimen.
“Majlis
menghadap berlangsung dalam suasana yang mesra dan berterus-terang.
Perkara-perkara ini biasanya dicatatkan dalam minit mesyuarat Kabinet
yang juga akan dibaca oleh Baginda Tuanku," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan