Sabtu, 7 Ogos 2021

Zahid Hamidi zahir penghargaan kepada Ahli Parlimen, pemimpin setia dengan UMNO

Astro Awani
Zahid Hamidi zahir penghargaan kepada Ahli Parlimen, pemimpin setia dengan UMNO
Presiden UMNO itu menegaskan, ketetapan dibuat bukan atas kepentingan individu atau mana-mana pihak. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin yang setia berdiri bersama parti.
 
Presiden UMNO itu menegaskan, ketetapan dibuat bukan atas kepentingan individu atau mana-mana pihak.
 
"Ia terjemahan suara akar umbi UMNO yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020.
UMNO sebulat suara tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN
 
"Ia juga terjemahan suara rakyat yang tidak lagi mampu berdepan kegagalan kerajaan PN," katanya dalam satu status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pada Jumaat malam.
 
Ahmad Zahid turut memuat naik tangkap layar kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan sebagai menteri.

Dalam keadaan sekarang katanya, semua pemimpin UMNO perlu bersatu hati dan kembali kepada kewajipan mereka.
 
"Satu hati memperjuangkan apa yang wajib diutamakan UMNO iaitu kesejahteraan rakyat dan negara.
Mempertahan Keluhuran Perlembagaan, menjunjung undang-undang dan melindungi kedaulatan Institusi Diraja," tambahnya.

Dalam masa sama, setiap anggota parti perlu menginsafi tentang tanggungjawab dan keutamaan pimpinan UMNO yang sebenar.
 
"Bukan mempertahankan kegagalan dan penderhakaan yang tidak lagi terselindung malah telah terbukti.
 
"Jangan gusar dan bimbang kerana pembohongan dan penipuan tidak sesekali mengatasi kebenaran," ujar Ahmad Zahid.

Tiada ulasan: