Selasa, 24 Ogos 2021

20,837 kes Covid-19, 211 kematian

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 merekodkan kes harian dengan 20,837 manakala 211 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 262,713 aktif dengan 1,063 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 511 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,593,60 manakala, kes sembuh pula sebanyak 18,613 dengan 1,316,336 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 211 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 14,553 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,645 kes.

Ia diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284), Perak (1,242), Pahang (521), Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (4).

Hisham berkata, bagi kes kematian ia melibatkan 41 kes di Johor, 36 kes di Selangor, 32 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 12 kes di Negeri Sembilan dan 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala sembilan kes dilaporkan di Pahang, lima kes di Terengganu, masing-masing tiga kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing dua kes di Sarawak dan Perlis.

“Kes kematian itu membabitkan 187 warganegara dan 24 ,orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 23 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.26) diikuti oleh Perlis (nilai RT 1.25) dan Sabah (nilai RT 1.19).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya.

Tiada ulasan: