SHAH ALAM: Stadium Shah Alam bakal menjadi bandar sukan Selangor dalam tidak lama lagi, susulan kerja-kerja baik pulih stadium akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, keputusan tersebut dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yanng mahu supaya rakyat Selangor dapat menggunakan kemudahan yang ada di sekitar stadium tersebut.
“Justeru itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 9 Jun lalu telah bersetuju menubuhkan Unit Projek Khas (UPK) di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi membangunkan semula Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA).
“UPK bakal bertindak sebagai pengurus projek yang bertanggungjawab bagi memastikan pembangunan KSSA dengan teratur dan komprehensif untuk menyumbang nilai dan pulangan tinggi kepada kerajaan negeri dan rakyat Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan dalam Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail mengenai status stadium tersebut ketika ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, unit tersebut akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Pembangunan KSSA yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron.
“UPK turut menerima beberapa Request
for Proposal (RFP) daripada beberapa syarikat swasta dan setakat ini,
lapan RFP telah diterima dan diperhalusi pihak UPK,” katanya.- UTUSAN
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan