Oleh Fazleen Safina
Kerajaan perlu tegas bendung penularan budaya songsang lagi tidak sihat ini
BANGI – Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) kini dilihat giat melakukan asakan normalisasi secara halus dan terancang.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, perkara itu dibuktikan apabila golongan berkenaan berbangga ketika tibanya bulan Jun serta cuba menghidupkannya dengan sambutan tanpa perhimpunan.
Beliau berkata, golongan itu hanya menginginkan dunia semata-mata termasuk menggesa Malaysia mengiktiraf budaya hidup mereka yang songsang.
“Mereka akan memaksa sama ada undang-undang digubal untuk membenarkan budaya itu atau pun mewujudkan suasana di mana undang-undang berkenaan, larangan budaya itu tidak lagi dihormati oleh rakyat,” katanya seperti dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, kerajaan perlu bertindak tegas bagi membendung penularan budaya tidak sihat itu melalui penguatkuasaan undang-undang atau pemerkasaan pendidikan.
Katanya, negara telah mempunyai asas undang-undang dan silibus pendidikan yang boleh mematikan budaya tersebut.
“Yang perlu dilakukan adalah penguatkuasaan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
“Rakyat pula sama ada yang beragama Islam atau lainnya perlu bersatu membanteras budaya itu.
“Jika budaya ini bertapak di dalam negara, yang akan terkesan bukan sahaja keluarga orang Islam, tetapi keluarga bukan Islam juga akan rosak dan generasi muda mereka akan hancur,” jelasnya
No comments:
Post a Comment