Tuesday, June 29, 2021

Tarikh lihat anak bulan Hari Raya Korban 10 Julai


Tarikh melihat anak bulan 1 Zulhijah ditetapkan pada 10 Julai 2021.

Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban tahun ini adalah berdasarkan rukyah dan hisab, kata kenyataan Jabatan Penerangan yang memetik Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini jabatan itu berkata 28 tempat dipilih untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang Sabtu 10 Julai depan.

Lokasi bagi melihat anak bulan itu adalah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka dan Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di Selangor, Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selain Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak.

Di Pulau Pinang, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Ace serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pulau Langkawi, menara Alor Setar, Alor Setar, di Kedah dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Lokasi lain, Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman dan Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Di Sarawak, di Esplanade Luak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching manakala Sabah, di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan dan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Di Pahang, Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan sementara di ibu negara, di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

No comments: