Astro Awani
Syed
Hussien menegaskan, pihak berkenaan perlu memastikan pemantauan kerap
dilakukan bagi mengelakkan sektor pembinaan dan perkilangan mewujudkan
kluster-kluster baharu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) perlu segera
mencari jalan yang lebih berkesan jika ingin beralih ke status Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 14 Jun nanti.
Presiden
Gabungan Persatuan Anak Negeri (Gapan), Datuk Seri Syed Hussien Al
Habshee menegaskan, pihak berkenaan perlu memastikan pemantauan kerap
dilakukan terutama bagi mengelakkan sektor pembinaan dan perkilangan
mewujudkan kluster-kluster baharu yang akan menjadi faktor merebak dalam
kalangan komuniti setempat.
Jelasnya,
jumlah tinggi jangkitan bergejala berpunca dari sektor perkilangan dan
pembinaan walau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilaksanakan
selama seminggu benar-benar mendukacitakan.
"Kami sentiasa menyokong penuh segala tindakan kerajaan lebih-lebih lagi kempen imunisasi dalam kalangan rakyat.
"Dengan
keahlian mencapai 100,000, Gapan bersedia menjadi barisan hadapan dalam
membantu mana-mana keluarga di luar bandar melalui ahli yang
bermastautin di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
"Sebagai
sebuah persatuan yang menggabungkan semua persatuan persatuan anak
negeri, Gapan bersedia menggerakkan semua ahlinya untuk membantu
kerajaan dalam menyebarkan maklumat tentang kepentingan mengambil vaksin
oleh setiap komuniti di setiap negeri," katanya dalam satu kenyataan
pada Selasa.
Terdahulu, Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, seramai 1,135,157 individu telah
melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini setakat Isnin.
Dr
Adham menerusi akaun Twitternya berkata seramai 2,503,655 individu
menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos
pertama dan kedua di negara ini ialah 3,638,812 dos setakat semalam.
Dalam
pada itu kata Syed Hussien, seruan daripada anak-anak yang bekerja di
Lembah Klang kepada ibu bapa di kampung akan lebih berkesan untuk
menyakinkan mereka mengambil vaksin.
"Kempen
seperti ini, akan dapat membunuh segala tohmahan bersifat negatif yang
cuba disebarkan kumpulan- kumpulan tidak bertanggungjawab khususnya
kepada penduduk di luar bandar.
"Melalui
saluran ini, kami akan dapat mengenal pasti segala permasalahan yang
dihadapi oleh mereka di luar bandar dan maklum balas akan disalurkan
kepada agensi pusat yang berkenaan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment