PROJEK Rintis Peranti melibatkan agihan komputer riba dan sambungan data kepada 150,000 murid B40 dilakukan melalui tiga fasa dengan yang terakhir dijangka selesai pada akhir September 2021.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, sebanyak 12,887 unit telah pun diagihkan kepada 95 buah sekolah dalam 51 PPD di seluruh negara.
Menurut beliau, dan ketika ini sebanyak 40,290 unit komputer riba dalam proses diagihkan kepada yang layak dan dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun.
“Insya Allah agihan bakinya sebanyak 96,823 unit akan selesai sebelum akhir September 2021.
“Saya harap penjelasan ini dapat memberikans edikit makluman tentang apakah kedudukan agihan 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.
Pemberian komputer riba kepada murid B40 diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu.
Tambah Radzi, memang menjadi harapan untuk pemberian komputer riba ini dapat disegerakan.
“Namun dalam keadaan mencabar khususnya bekalan, kita terpaksa susun pendekatan sikit berbeza.
“Dan Alhamdulillah kita sudah mula agihkan komputer riba ini dan kita akan ikhtiarkan sebelum akhir September, semuanya sudah dapat digihkan kepada murid B40 yang dipilih,” katanya menjawab soalan pada sidang media itu.
Baca artikel berkaitan: Sekolah diteruskan secara PdPR untuk tempoh 25 hari – KPM
Dalam perkembangan berasingan, Radzi berkata, peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan bermula Mac 2022.
Katanya, ujian lisan dan amali sains pula bermula Februari tahun hadapan.
“KPM membuat ketetapan ini mengambil kira situasi semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.
“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjanjakkan tarikh pelaksanaannya kepada Mac 2022.
“Saya percaya prosesnya akan berjalan lancar seperti mana kita berjaya melaksanakan SPM 2020,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment