Selasa, 18 Mei 2021

Sumbat Neelofa dalam penjara, dia terlalu angkuh: Azwan Ali

AGENDA DAILY

Pelakon senior Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA.

 

Tindakan kompaun tidak lagi sesuai dikenakan ke atas selebriti sensasi, Neelofa, 32, selepas berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya menurut pelakon senior Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA, Neelofa perlu dikenakan hukuman penjara dek kerana sikap angkuhnya yang berulang kali melanggar SOP kerana merasakan dirinya terlalu ‘kayangan’dan tiada pihak yang berani mengenakan hukuman tegas ke atasnya.

Menyifatkan Neelofa terlalu biadab dan angkuh, Azwan Ali berharap Neelofa diberi pengajaran yang paling keras supaya tidak lagi bertindak semberono dan seolah-olah negara tiada undang-undang.

“Ini sikap melampau ya, ini membuktikan orang yang bernama Neelofa ini sengaja dan biadab.

“Penjara dia meskipun sehari, itu sebagai pengajaran kepada semua, jangan angkuh sangat kita tengah berhadapan dengan penyakit ini tengah mendadak naik, pandemik semakin teruk…kau ingat kau boleh bayar segala kompaun, penjara sahaja, yang penting sumbat dia dalam penjara kasi sedar sikit langit itu tinggi atau rendah,” katanya kepada Agenda Daily hari ini.

Jelasnya, undang-undang negara perlu dihormati tatkala negara kini bergelut dengan pandemik Covid-19 yang semakin naik mendadak.

“undang-undang tiada kompromi, kerajaan kata tiada kasta undang-undang antara rakyat dan orang atas, jadi tunggu apa lagi.

“Kalau dia sekali silap mungkin kita boleh maafkan tapi ini bukan soal ‘public figure’ dia sengaja tidak hormati undang-undang,” tegasnya lagi.

Selepas berulang kali melanggar SOP terbaharu nama Neelofa kembali sohor kini apabila tersebar di media sosial video pendeknya meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama ahli keluarga.

Terdahulu, kes Neelofa dan suaminya, Haris Ismail merentas negeri ke Nilai juga masih disiasat meskipun kedua-dua mereka sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, memberikan keterangan.

Sebelum ini, Neelofa dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas kesalahan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran merentas negeri.

Pada 27 Mac lalu, Neelofa selamat bernikah dengan suaminya, Haris atau lebih dikenali PU Riz, dan kemudian pasangan ini ke Langkawi, Kedah atas urusan perniagaan, tetapi mencetus sensasi apabila banyak aktiviti dibuat mereka seperti berbulan madu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: