Selasa, 18 Mei 2021

Selangor kekal tertinggi, kes baru cecah 4,865

Staff Writers  MALAYSIA NOW

Sarawak catat kes harian kedua tertinggi sebanyak 521.

4,865 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 479,421.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,743 kes disusuli Sarawak (512), Kuala Lumpur (477), dan Johor (407).

Sementara itu, hanya Labuan (6) dan Perlis (2) dan Putrajaya sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,497 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 432,600.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 44,827.

Dalam pada itu, 531 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 277 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 47 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,994.

Tiada ulasan: