Khamis, 6 Mei 2021

SPRM kesan 3 bekas anggota polis

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kini sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan kes SPRM.

Dalam kenyataan SPRM memaklumkan, individu pertama ialah Azhar Adon, 61, mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 8, Taman Desa Baiduri Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

AZHAR DON

Sementara itu, individu kedua, Rosli Bali, 59, mempunyai alamat terakhir di No. 43, Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.

YUSOF ALI

Individu ketiga pula, Yusof Ali, 65, mempunyai alamat terakhir di No. 9, Lot 924, Kampung Kuala Pajam, 43700, Beranang, Selangor.

ROSLI BALI

 “Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-8891 1666 atau 013-286 0986,” katanya hari ini . – UTUSAN ONLINE.

Tiada ulasan: