Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini menghampiri 4,000 dengan 3,744 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 424,376 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,737 kes adalah penularan tempatan manakala, 224 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini mencecah sebanyak 32,939 kes.
“Selain itu, sebanyak 2,304 kes sembuh dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 389,846 kes.
“Terdapat 17 kes kematian melibatkan warga Malaysia menjadikan sebanyak 1,591 kes kematian Covid-19,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.
Ujarnya, kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi merekodkan sebanyak 328 kes dengan 185 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan