Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semua rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada akhir tahun ini.
Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa bekalan vaksin berkemungkinan tiba lebih cepat ke negara ini.
“Apabila vaksin sampai cepat, lebih ramai orang akan diberikan suntikan tak kira Pfizer, AstraZeneca, Sputnik V, Modena dan macam-macam jenama yang kita ambil.
“Maka rakyat kita nanti akan sampai, katalah 80 peratus, jadi sudah ada herd immunity (imuniti kelompok),” katanya pada slot Bicara Khas bersama YAB Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau menjangkakan ekonomi akan meningkat kembali setelah semua rakyat menerima suntikan vaksin Covid-19. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan