Isnin, 24 Mei 2021

Pelakon Esok Untuk Siapa meninggal dunia

Wartawan MalaysiaGazette
pahline_BHfield_image_listing_featured
Datuk DJ Dave (dua dari kiri) sempat menziarahi Sharifah Aminah di sebuah pusat penjagaan warga emas, tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit, Sharifah Aminah Syed Abdullah, 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang, dekat sini, pukul 6.40 pagi ini.

Berita sedih itu disahkan anak sulungnya, Wan Monaliza Jamali.

Wan Monaliza berkata, arwah ibunya yang berada dalam keadaan separuh koma sejak tiga tahun lalu mula sesak nafas selepas waktu Maghrib, semalam.

“Saya menghubungi hospital apabila arwah ibu mula sesak nafas. Apabila arwah terbaring dalam keadaan separuh koma, tidak dapat dipastikan apakah jangkitan yang berlaku.

“Cuma, segala-galanya terbatas dalam situasi semasa pandemik Covid-19. Malah, arwah ibu juga harus melakukan ujian calitan. Ia prosedur biasa yang harus dilalui bagi memastikannya positif atau sebaliknya,” katanya memetik laporan BH Online.

Tiada ulasan: