Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
PETALING JAYA: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kiuala Lumpur, bagi memprotes tindakan serangan Israel terhadap Palestin.
Perhimpunan kira-kira pukul 2.30 petang itu turut disertai Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia.
Pengerusinya, Yusuf Azmi berkata, tujuan perhimpunan itu bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin namun pihak kedutaan enggan menerimanya.
“Sebaliknya Kedutaan AS membuat laporan polis dahulu. Kami juga gagal mendapatkan kebenaran daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
“Ya Allah, lumpuhkanlah segala rancangan dan serangan musuh-musuh kami, tunjukkanlah kekuasaan-Mu dan kalahkanlah zionis laknatullah ini. Menangkan dan bebaskan bumi Palestin,” katanya di sini hari ini.
Difahamkan, perhimpunan itu turut disertai 15 individu bagi menunjukkan bantahan tersebut.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan