PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementerian juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia.
“Kawalan keselamatan juga turut membabitkan warga Palestin yang berada di dalam negara ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, beliau menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
Hamzah berkata, Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk
terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan