KEMAMAN: Seorang juruteknik maut dihempap sebatang paip saluran gas seberat kira-kira lapan tan di sebuah bengkel di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Ahmad Shahir Hasauddin, 29, dari Kampung Paya Berenjut, Cukai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, semasa kejadian mangsa difahamkan mengecat paip yang baharu dikimpal di bengkel fabrikasi saluran paip gas berkenaan.
“Mangsa yang dalam posisi mencangkung tidak sempat mengelak paip besi berhampiran yang tiba-tiba terjatuh dan bergolek sebelum menghempapnya,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Hanyan berkata, mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan forklift dan mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,
Katanya, polis akan melakukan siasatan sama ada wujud unsur kecuaian atau perbuatan menyalahi undang-undang dalam kejadian itu.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan