Selasa, 4 Mei 2021

Didakwa rentas negeri dengan suami, kesalahan berulang Neelofa tak sesuai dikompaun


SELEBRITI pengantin baru, Neelofa dan suaminya, PU Riz mengundang kontroversi sekali lagi. Selepas didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahan mereka, kali ini mereka merentas negeri pula.

Pasangan tersebut sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas mereka didakwa merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Seperti biasa, Neelofa yang sememangnya suka memuat naik video di Instagram Story mengenai aktivitinya telah menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3.

Bagaimanapun, dia bertindak memadamkannya selepas mendapat cemuhan netizen.

Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil menerusi hantaran di Facebook berkata, hukuman yang wajar dikenakan kepada selebriti itu mungkin tidak lagi relevan dengan hanya menerima kompaun sebagai denda.

“Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

“Minah (Neelofa) itu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Asiah menyifatkan tindakan Neelofa yang sengaja mencetuskan provokasi seakan-akan mempunyai kepentingan peribadi.

Kata Asiah lagi, setelah dikecam hebat oleh netizen, bekas pengacara MeleTOP itu akan memuat naik gambar memaparkan aksi mesra bersama suaminya dan diikuti dengan pelancaran produk.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor diselar netizen sebagai seorang yang ‘laparkan perhatian’ sehingga sanggup mengundang sensasi dengan tindakan beraninya merentas negeri pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini selebriti berusia 32 tahun bersama suaminya, PU Riz,26 telah dikompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan mereka pada 27 Mac lalu.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah merentas negeri lagi ketika PKPB.

Tiada ulasan: