Sabtu, 22 Mei 2021

COVID-19: KKM bakal ambil alih 2 hospital guna Ordinan Darurat

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman 

 (Gambar fail) Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI(Gambar fail) Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan Ordinan Darurat untuk mengambil alih dua hospital yang belum digunakan lagi, dalam usaha siap siaga merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua hospital sedang dalam perhatian untuk diambil alih ialah Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau memaklumkan, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM mempunyai 243 katil biasa belum digunakan dan 20 lagi katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Kita boleh menggunakannya untuk siap siaga menerima pesakit COVID-19," katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, hari ini.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: