Rabu, 12 Mei 2021

Bukan setakat sesama manusia, haiwan di zoo pun Ebit Lew bantu

Oleh Media Mulia
Foto dari FB Ebit Lew

PETALING JAYA: Ustaz Lew memang terkenal dengan kerja-kerja kemanusiaannya yang membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sepanjang Ramadan ini perlbagai program bantuan beliau usahakan daripada gelandangan di ibu negara hingga kepada masyrakat Orang Asli. Semuanya disantuni.

Malah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, haiwan di Zoo Negara turut menerima sentuhan Ebit Lew apabila beliau membelikan 200 kilogram daging dan 10 bakul buah-buahan.

Foto dari FB Ebit Lew

Dalam hantaran di facebook, beliau berkata, pada musim perayaan ini mesti tiada orang melawat zoo.

“Sayu rasa nak raya ni bila PKP (perintah kawalan pergerakan) teringat zoo. Rindu campur kasihan, mesti tiada orang melawat lagi. Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik. Dapat tengok sendiri haiwan disini. Dapat beri haiwan disini makan.

“Tuan Rosli beberapa kali jemput dan ajak sama-sama bantu zoo ini.
Foto dari FB Ebit Lew
“Dari saya di Afrika saya teringat zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan.
 
“Walau beberapa kali jumpa haiwan ni. Rasa sayang sangat. Kejadian keunikannya. Semoga semua haiwan di sini sihat dan dapat makanan yang cukup.
 
“Doakan untuk zoo negara. Boleh beri sumbangan untuk haiwan di sini,” demikian catatan beliau. – UTUSAN

Tiada ulasan: