Khamis, 13 Mei 2021

4,855 kes baharu, Perak naik lepasi 300 hari ini

JANGKITAN COVID-19 dalam negara kekal pada kadar lebih 4,000 hari ini selepas melaporkan sebanyak 4,855 kes baharu, naik 90 kes berbanding 4,765 semalam.

Jumlah itu merupakan peningkatan buat hari keempat berturut-turut setelah merekodkan 3,973 kes kelmarin dan 3,807 pada hari Isnin.

Selangor masih menjadi negeri penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 1,783 kes baharu hari ini, menurun sedikit berbanding lebih 2,000 yang dicatatkan semalam.

Pada masa sama, Kuala Lumpur juga melaporkan kes tinggi iaitu sebanyak 521 diikuti Johor (467) dan Sarawak serta Pulau Pinang yang masing-masing merekodkan 395 jangkitan baharu.

Perak pula menjadi negeri yang menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 130 kes kepada 302 dilaporkan hari ini.

Tiga negeri melaporkan dua angka kes hari ini iaitu Sabah (76); Melaka (67) dan Pahang (56).

Hanya Perlis tidak merekodkan sebarang penularan jangkitan baharu hari ini.

Tiada ulasan: