Ahad, 16 Mei 2021

44 lagi kematian akibat COVID-19, korban tertinggi setakat ini

SEJAK beberapa hari lalu, kes kematian akibat COVID-19 lebih tinggi daripada kebiasaan dengan tertinggi direkodkan pada 12 Mei lalu melibatkan 39 kematian.

Namun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini merupakan rekod apabila 44 kematian dikesan berkaitan wabak itu.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Menurut beliau, 43 kematian hari ini adalah rakyat Malaysia manakala satu lagi bukan warganegara.

“Kematian paling banyak dilaporkan di Selangor (26 kes), lima kes di Kelantan, empat kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Kedah dan Johor, dua kes di Kuala Lumpur serta satu kes di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kematian termuda yang dilapor hari ini melibatkan pesakit lelaki berusia 48 tahun dengan latar belakang pelbagai penyakit manakala tertua pula berusia 92 tahun.

Jumlah kematian hari ini menjadikan kumulatif korban akibat virus itu mencecah 1,866 kes atau 0.40 peratus daripada keseluruhan kes.UTUSAN

Tiada ulasan: