Ahad, 23 Mei 2021

405 individu ingkar SOP

Oleh AMREE AHMAD

ISMAIL SABRI YAAKOB

PUTRAJAYA: Jumlah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam menyaksikan 495 individu dicekup berbanding 550 individu ditahan kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 476 dikompaun, 15 direman dan empat dijamin dengan kes tertinggi masih gagal merekod butiran diri iaitu 180 kes.

Katanya, ini diikuti pula dengan kesalahan tidak memakai pelitup muka (111), tiada penjarakan fizikal (64), rentas kawasan tanpa kebenaran (sembilan) dan lain-lain (131).

“Seramai 20 pendatang asing tanpa izin juga ditahan dan dua kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng semalam dengan sebanyak 175 bot atau kapal yang dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 940 individu tiba di tanah air semalam dengan sejumlah 7,399 individu terbabit masih menjalani proses kuarantin wajib manakala seramai 2,081 individu terlibat dibawa ke hospital untuk rawatan, selain 199,042 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 553 peruncit, 148 pemborong dan 31 pengilang manakala sejumlah 1,262 pemeriksaan khas pematuhan SOP dilaksanakan dengan hanya satu premis yang dikenakan kompaun. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: