Isnin, 17 Mei 2021

28 mukim Kota Setar sekali lagi bawah PKPD akibat ‘serangan’ Covid-19

Kali pertama 28 mukim di Kota Setar diletakkan bawah PKPD pada 11 September 
tahun lalu yang membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

PETALING JAYA: Sebanyak 28 mukim di Kota Setar, Kedah, dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari berkuatkuasa 19 Mei hingga 1 Jun, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, PKPD itu diputuskan selepas mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 dari Kluster Dah Putih, kluster terbaru di daerah berkenaan serta beberapa kluster sedia ada.

“Dalam tempoh lapan hari sahaja iaitu bermula 8 hingga 16 Mei 2021, sebanyak 799 kes positif Covid-19 dikesan. Ini menjadikan sebanyak hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata,” katanya dalam kenyataan.

PKPD itu bukan kali pertama dilaksanakan di daerah berkenaan. Kali pertama 28 mukim di Kota Setar diletakkan bawah PKPD pada 11 September tahun lalu yang membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

Tiada ulasan: