Monday, February 22, 2021

Vaksin COVID-19 selamat tiba di dua PSV di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Vaksin COVID-19 selamat tiba di dua PSV di Pulau Pinang
Pada Ahad, sebanyak 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer -BioNtech 
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) 
pada jam 5.35 petang. - Foto Astro AWANI
 
GEORGE TOWN: Semua vaksin COVID-19 sudah di hantar ke dua Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Pulau Pinang iaitu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada Isnin.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, vaksin yang disimpan di gudang penyimpanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dibawa keluar pada jam 8 pagi tadi sebelum menuju ke HPP dan ke HSJ jam 9 pagi dengan kawalan ketat polis.
 
Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di kedua-dua PSV bagi memastikan semua urusan penghantaran vaksin ke pusat pemvaksinan selepas ini berjalan lancar.

No comments: