Shuhada Abdul Kadir
Buat
masa ini perkara itu telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua
pihak membabitkan dua buah keluarga dengan pihak hospital. - Gambar
hiasan
MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melakukan siasatan dalaman melibatkan kes tertukar bayi lelaki di Hospital Melaka, minggu lalu.
Exco
Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, siasatan
itu bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian petugas kesihatan atau
sebaliknya.
Beliau
berkata, buat masa ini perkara itu telah diselesaikan secara baik
antara kedua-dua pihak membabitkan dua buah keluarga dengan pihak
hospital.
Bagaimanapun
memandangkan kes berkenaan tidak pernah berlaku di Melaka, tindakan
tatatertib wajar dikenakan sekiranya benar berlaku kecuaian ekoran kes
itu dianggap serius.
“Kes tu telah
diselesaikan cara yang baik, kedua-dua keluarga pun menerima dengan
baik. Bagi pihak kesihatan dan juga Kerajaan Negeri, saya juga telah
memohon maaf pada kedua-dua keluarga dan mereka juga menerima dengan
baik. Maka tak ada isu dan tempoh yang berlaku tak lama,” katanya kepada
media di sini hari ini.
Terdahulu,
menerusi status yang dimuat naik seorang wanita di laman Facebook
miliknya memaklumkan bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan pada 12
Februari lalu itu tertukar dengan bayi lain dalam kejadian di Hospital
Melaka.
Wanita berkenaan dilaporkan
berkata, dia dibenarkan pulang pada 15 Februari lalu dengan bayi
lelakinya terpaksa ditahan di wad hospital kerana demam kuning.
Bagaimanapun,
pada 17 Februari lalu, ketika dia datang semula ke hospital untuk
menyusukan bayinya, dia terkejut seorang lagi bayi lelaki yang
diletakkan di katil bayi bukan anaknya, sebaliknya milik orang lain
manakala bayinya pula sudah diambil orang lain selepas dibenarkan keluar
wad pada waktu tengah hari, hari sama.
Bagaimanapun,
pihak hospital berjaya menghubungi pemilik sebenar bayi di hospital
berkenaan dan keduanya menukar semula bayi masing-masing.
No comments:
Post a Comment