Abd Hadi Che Awang
Tidak
terkecuali merasai cabarannya, adalah seorang pelajar autism,
Samsuri
Ruzmi, 18, yang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.
- Astro
AWANI
PADANG TERAP:Perubahan
kaedah pembelajaran daripada secara fizikal kepada Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang merupakan norma baharu dalam sektor
pendidikan memberi kesan besar kepada keseluruhan pelajar terutama calon
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tidak
terkecuali merasai cabarannya, adalah seorang pelajar autisme, Samsuri
Ruzmi, 18, yang terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan termasuk
kesukaran mendapat capaian internet yang baik di kawasan kediamannya di
Pedu, Padang Terap.
Menurut
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu itu, antara kesukaran
lain adalah untuk memahami setiap yang diajar oleh gurunya menerusi
telefon pintar memandangkan ia perkara baharu buatnya.
Bagaimapun,
dia yang bercita-cita untuk menjadi seorang chef, tetap mengambil
inisiatif dengan melibatkan diri dalam kelas tambahan sebaik sahaja
kelas secara dalam talian tamat selain mengadakan kumpulan belajar
bersama rakan-rakan sekelasnya.
Tambah
Samsuri, sikap guru-guru yang tidak patah semangat dalam mengajar
individu sepertinya juga memberi satu sinar buatnya untuk berjaya bukan
sahaja dalam bidang akademik malah setiap apa yang dilakukan.
"Rasa
macam susah juga sebab tak boleh belajar, tak boleh pergi sekolah...
dengan tuisyen dalam talian dan sebagainya. Semua itu dugaanlah juga
tapi kadang-kadang pergi rumah kawan untuk ambil latihan, terpaksa tanya
kawan-kawan.
"Cikgu hantar bahan untuk
belajar... jadual apa semua... jadi macam senang sikit untuk belajar.
Cikgu akan terang macam mana nak belajar... cikgu kata kalau macam susah
tanya saja cikgu... kalau tanya kawan pun boleh," katanya.
Dalam
pada itu, dia yang pernah mendapat tempat keempat daripada 24 pelajar
dalam kelasnya, menzahirkan kesediaan untuk melakukan yang terbaik dalam
peperiksaan SPM yang akan bermula minggu hadapan.
Sementara
itu ibu bapa Samsuri menyatakan bahawa mereka sentiasa memberi sokongan
kepada anak kedua mereka itu terutama melibatkan sesi pembelajaran.
Mereka
mengakui sukar untuk menguruskan sesi PdPR pada awal peringkat
pelaksaannya terutama sikap agresif yang ditunjukkan Samsuri sepanjang
mengikuti kelas secara atas talian ketika itu.
Namun,
semangat yang ditunjukkan Samsuri sentiasa menjadi 'penyembuh' buat
mereka untuk sentiasa melakukan yang terbaik buat anak mereka.
Jelas
mereka, yang turut mempunyai seorang lagi anak autisme, kekurangan yang
ada pada diri anak-anak mereka bukan penghalang untuk mereka berjaya
dalam apa juga yang dilakukan.
Bapa
Samsuri, Ruzmi Ahmad, 54, berkata: "Kira dia belajar kira ada usaha
juga... walaupun status Orang Kurang Upaya (OKU) namun ada usaha. Dia
rajin ikuti kelas, dulu pun rajin pergi tuisyen yang cikgu buat,"
katanya.
Ibunya pula, Tatah Susila
Muhaini Mohd Kamal, 41 , berkata: "Saya tengok dia bersiap sedialah
untuk persiapan SPM... lepas ini saya harap dia boleh menjawab soalan
peperiksaan dia tu dengan baik," katanya.
No comments:
Post a Comment