Asyraf Roslan
Michael
juga berpendapat bahawa 'lanun-lanun' ini akan ada sampai
bila-bila,
dan akan terus melakukan jenayah ini selagi ia memberi
keuntungan mudah
dan tidak membebankan mereka. -Instagram/michaelang38
ISU cetak rompak bagai tiada kesudahan.
Beri keuntungan kepada lanun-lanun namun yang merana adalah mereka yang berada di dalam industri seni tanah air.
Bagi pengarah drama terkenal Michael Ang, isu ini merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian umum.
"Sebagai penggiat seni, saya rasa benda ini tak sepatutnya berlaku.
"Ia merupakan satu isu yang sangat keterlaluan dan perlu diberikan perhatian umum.
"Saya sendiri kalau berkunjung ke pusat membeli belah, bersepah saya lihat yang menjual box ini secara mudah," katanya kepada Astro AWANI.
Pengarah drama bersiri, Marry Me Senorita ini menegaskan bahawa kegiatan ini akan memberi kesan yang besar kepada pihak syarikat penyiaran dan juga pengarah sepertinya.
BACA : 'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
"Kes
seperti ini akan memberikan kerugian kepada syarikat penyiaran seperti
Astro, dan jika perkara ini terus berlaku syarikat penyiaran juga tiada
dana untuk membeli program-program daripada penerbit seperti saya,"
tambah Michael.
[TERKINI] Wanita didakwa miliki perisian kotak media berjenama iBoite-X
Michael
juga berpendapat bahawa "lanun-lanun" ini akan ada selama-lamanya, dan
akan terus melakukan jenayah ini selagi ia memberi keuntungan mudah
serta tidak membebankan mereka.
Oleh itu,
penonton atau pembeli harus dididik agar mendapat kandungan yang asli
dan berkualiti serta membeli daripada pihak yang sepatutnya, bukan
daripada lanun-lanun yang menjual kandungan cetak rompak.
Pada
Selasa, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen
Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang
mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998.
No comments:
Post a Comment