Bernama
Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak
dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.
KUALA LUMPUR:Polis
sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu
siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan
seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
Penolong
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak
Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah
Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta
saksi kejadian.
“Siasatan
kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan
memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika
dihubungi.
Semalam, video berkenaan tular
dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak
yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.
Menerusi
carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit
memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi
akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment