Bernama
Supt
Baharudin Abdullah berkata, bom yang ditemui itu merupakan bahan
terlarang yang tidak boleh disimpan oleh mana-mana individu. - Astro
AWANI
DUNGUN:Sebanyak
25 unit bom jenis 'hand grenade smoke' ditemui di sebuah tapak
pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya, di sini, pada Isnin.
Ketua
Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata pihaknya telah
mengambil kesemua bom itu kira-kira pukul 1.30 pagi semalam di sekitar
kawasan semak samun, yang berdekatan kawasan ladang kelapa sawit.
Beliau
berkata seorang pemandu lori sampah menemui bom itu pada kira-kira
pukul 4.00 petang Isnin dan kembali semula ke kawasan kejadian bersama
empat rakannya pada pukul 10 malam, dan beberapa jam kemudian barulah
mereka memaklumkan kepada pihak polis.
"Hasil
siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat 24 unit mini 'hand
grenade smoke' bertulis DK dan satu unit lagi bertulis 518 Riot CS yang
diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna coklat dengan ditutup dua beg
galas kanak-kanak.
"Jarak
ke tempat kejadian lebih kurang lima kilometer dari jalan utama.
Biasanya bom ini digunakan ketika latihan oleh pihak keselamatan dan
bahan ini merupakan bahan terlarang yang tidak boleh disimpan oleh
mana-mana individu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.
Baharudin berkata semakan mendapati bom itu tidak mempunyai sebarang nombor siri dan ia dipercayai buatan Korea Selatan.
Menurutnya
bom itu akan dilupuskan Unit Persenjataan (AMRA) Ibu pejabat Daerah
Dungun di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu dalam masa terdekat dan kes
disiasat sedang di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment