Astro Awani
DidikTV
KPM akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap
hari
termasuk di Tutor TV ASTRO, saluran 147. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran
khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari
ini.
Ia akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk di Tutor TV ASTRO, saluran 147.
KPM
dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan majlis pelancaran saluran
berkenaan akan disempurnakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
jam 8 pagi hari pertama siaran.
Menurut
KPM, inisiatif mewujudkan saluran khusus itu adalah usaha berterusan
kementerian dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk
semua murid di seluruh negara.
"Sebelum ini, KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama 11 jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.
"Kini,
buat pertama kalinya, KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan
secara terestrial dengan pengisian dari jam 7 pagi hingga 12 tengah
malam setiap hari.
"DidikTV KPM akan
menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum
dan kokurikulum KPM," menurut kenyataan berkenaan.
Saluran
DidikTV KPM itu merupakan platform memperkasa budaya ilmu, menerapkan
nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.
"Saluran
ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program
bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh
murid.
"Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan," kata KPM
Selain saluran 147 di ASTRO, DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV dan saluran ntv7 di TV UNIFI.
Bagi
set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran
DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.
No comments:
Post a Comment