Bernama
Pandemik
COVID-19 memberi kesan terhadap pendaratan ikan susulan
kekurangan
jumlah vesel yang beroperasi ke laut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:
Kerajaan komited mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing
dalam industri perikanan dengan menyediakan program, inisiatif serta
kemudahan bagi menggalakkan penglibatan rakyat tempatan.
Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan memperuntuk
RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana
Jaminan Makanan untuk transformasinelayan tradisi ke laut dalam melalui
perolehan vesel moden berteknologi tinggi.
"Pengusaha
berpeluang menyediakan kemudahan ruang penginapan yang selesa serta
komunikasi digital untuk menarik minat pekerja tempatan.
"Selain
itu, pemohon mendapat had pembiayaan sehingga 90 peratus daripada kos
projek pembinaan vesel moden dengan kadar faedah sebanyak 3.75 peratus
bagi tempoh 10 tahun melalui Skim Pembiayaan Bot Perikanan i (SPBP-i) di
Agrobank," menurut kenyataan itu.
Dalam
pada itu, melalui program Penjana Kerjaya 2.0 pula pengusaha vesel
perikanan laut dalam boleh mengambil peluang menggunakan insentif di
bawah skim itu untuk menarik minat pekerja tempatan yang kehilangan
pekerjaan akibat COVID-19.
Beliau juga
berpeluang mengikuti latihan dalam bidang perikanan tangkapan di Kolej
Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak dan Akademi Perikanan
Malaysia di Terengganu yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuk
latihan, kediaman, makan serta elaun RM200 sebulan.
Menurut
kenyataan itu, pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap pendaratan ikan
susulan kekurangan jumlah vesel yang beroperasi ke laut.
Pada
tahun lepas, pendaratan ikan merosot sebanyak lima peratus berbanding
2019 dengan jumlah pendaratan sebanyak 1.385 juta tan metrik.
Menurut
Jabatan Perikanan, penurunan jumlah operasi vesel laut dalam
mengakibatkan pengurangan sebanyak 50,683 tan metrik ikan di seluruh
negara iaitu merosot sebanyak lapan peratus berbanding pada 2019.
Bagi
Kelantan, pendaratan ikan merosot sebanyak 24 peratus daripada 56,790
tan metrik pada 2019 kepada 43,070 tan metrik pada tahun lepas.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment