Astro Awani
Satu suntikan vaksin didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit
COVID-19, dakwa pakar kesihatan Kanada. -Gambar fail
OTTAWA: Satu suntikan vaksin COVID-19 didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit COVID-19.
Itu
dapatan oleh pegawai kesihatan Kanada yang mengkaji keberkesanan satu
suntikan vaksin Pfizer-BioNTech berbanding dua yang disyorkan pengeluar.
Ia
sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai orang mendapatkan
suntikan itu susulan bekalan vaksin yang agak terhad, lapor portal CityNews.ca.
Timbalan ketua pegawai kesihatan awam Kanada, Dr Howard Njoo berkata kajian baharu oleh Kanada itu amat mengagumkan.
Jurnal
Perubatan New England menyebut bahawa keberkesanan vaksin tersebut
meningkat 92 peratus berbanding 52 peratus selepas diberikan dos kedua
14 hari kemudian.
Walau bagaimanapun Dr
Gaston De Serres berkata data awal menunjukkan satu dos yang diberikan
kepada pekerja penjagaan kesihatan dan penghuni pusat jagaan berkesan
pada kadar 80 peratus dalam dua atau tiga minggu.
De
Serres dan Dr Danuta Skowronski dari Pusat Kawalan Penyakit British
Columbia berkata penangguhan dos kedua memungkinkan lebih ramai golongan
rentan dilindungi dengan sekurang-kurangnya satu suntikan.
Beberapa pengeluar vaksin mengesyorkan suntikan kedua diberikan dalam tempoh 21 atau 28 hari selepas suntikan pertama.
No comments:
Post a Comment