Bernama
Tindakan
mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bomba dengan menggunakan
teknik
pencarian di permukaan air, namun gagal menemukan mangsa.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong di Batu 5, Jalan Mersing dekat Kluang, petang semalam.
Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob
Sidek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mencari dan
menyelamat (SAR) lelaki berusia lingkungan 30-an itu pada 4.56 petang.
Difahamkan,
lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa
operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.
“Dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Jusoh Mohd Salleh bergegas ke lokasi kejadian.
“Tindakan
mencari dan menyelamat mangsa dilakukan dengan menggunakan teknik
pencarian di permukaan air, namun gagal menemukan mangsa,” katanya
menerusi kenyataan, malam tadi.
Akob
berkata operasi SAR tersebut terpaksa dihentikan pada 7 malam tadi,
berikutan cuaca gelap dan dijangka bersambung semula pada 8.30 pagi ini.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment