Bernama
ICA
telah menjalin kerjasama erat bagi memastikan mereka dapat
menjalankan
operasi ujian saringan itu di Tambak Johor dengan
gangguan minimum.
--fotoBERNAMA
SINGAPURA:
Lebih 500 pemandu lori kargo menjalani ujian saringan COVID-19 di
kedua-dua pusat pemeriksaan darat Singapura semalam yang menyaksikan
semua keputusan adalah negatif, kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan
Kementerian Kesihatan republik itu Profesor Madya Kenneth Mak.
Pada
Khamis, Singapura mengumumkan bahawa semua pemandu lori kargo dan
pengiringnya yang memasuki republik itu diwajibkan menjalani Ujian Rapid
Antigen (ART) di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, bermula pada 9
pagi semalam.
"Kami
akan meneruskan proses ini bagi memastikan bahawa kami bertambah baik
agar langkah ini tidak menjejaskan perniagaan dan pemandu terbabit yang
masih boleh beroperasi tanpa terlalu banyak kelewatan di pusat
pemeriksaan.
"Jadi perkara ini akan
berterusan sehingga beberapa hari lagi dan kami akan berusaha menambah
baik kesemua proses," katanya pada sidang akhbar pasukan petugas
COVID-19 pelbagai kementerian yang berlangsung secara maya di sini
semalam.
Mak
berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA)
telah menjalin kerjasama erat bagi memastikan bahawa mereka menjalankan
operasi ujian saringan itu di Tambak Johor dengan gangguan minimum.
"Kami
memahami kesan ujian saringan yang dijalankan ke atas operasi pihak
imigresen dan kastam yang selama ini berjalan lancar di pusat
pemeriksaan terbabit.
"Setakat ini, pemerhatian mendapati operasi itu telah berjaya dilakukan dengan lancar," katanya.
Semalam,
Kementerian Perdagangan dan Industri republik itu (MTI telah
mengumumkan bahawa langkah pengawalan baharu di kawasan sempadan itu
bertujuan menguruskan risiko kes import COVID-19 yang semakin meningkat.
Sehingga
tengah hari Jumaat, Singapura mengesahkan satu kes baharu jangkitan
tempatan dan 14 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di
negara itu setakat ini ialah 59,250.-- BERNAMA\
No comments:
Post a Comment