Saturday, January 2, 2021

COVID-19: 2,068 kes dilaporkan pada hari pertama tahun baharu

Oleh Ilah Hafiz Aziz

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,068 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada hari pertama 2021, sekali gus membawa kepada jumlah kumulatif 115,078 kes di negara ini dengan 23,433 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara, manakala 2,066 lagi membabitkan penularan tempatan.

"Selangor menyumbang angka harian tertinggi dengan 776 kes baharu (37.5 peratus), disusuli Kuala Lumpur 457 kes (22.1 peratus) dan Sabah 254 kes (12.3 peratus).

"Sebanyak 18 kes (0.9 peratus) pula berkaitan kluster di lokap, depoh tahanan imigresen dan penjara.

"Ia meliputi Kluster Penjara Jalan Harapan membabitkan 13 kes, Kluster Tembok Gajah (empat) dan Kluster Pagar Siput (satu)," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

No comments: