Sunday, October 4, 2020

Imigresen tangguh kemasukan pelajar asing

Imigresen menangguhkan kemasukan pelajar asing untuk mendaftar di institut pengajian 
tinggi selaras keputusan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi.

PETALING JAYA: Keputusan membenarkan kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen ditangguhkan sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan itu dibuat selaras keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal atau bersemuka pelajar institut pengajian tinggi (IPT) kemasukan Oktober 2020.

“Jabatan ini juga difahamkan KPT telah berunding dengan syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT sebelum ini menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal pelajar IPT bagi kemasukan Oktober.

No comments: