on
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini membuat satu ciapan
di akaun twitter miliknya menjelaskan bahawa sokongannya terhadap Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebelum ini dipetik dari konteks yang salah.
Menurut Annuar lagi, perkara itu sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2018 dan
ketika itu beliau masih lagi di bangku pembangkang.
Jika dibaca laporan penuh artikel terbabit, ia memberi maksud yang berlainan, tambah beliau lagi.
“Rasanya petikan kata kata saya telah di ambil dlm konteks yg salah..
“Petikan itu di buat 2018, ketika DSAI TM DAP adalah kerajaan, KITA
PEMBANGKANG.
“Itu pun baca lapuran penuh artikel berkenaan dan fahami dlm kontek apa sy
bercakap.” kata Annuar.
Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, tidak salah untuk bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak untuk memberi pandangan atau cadangan di dalam
mensyuarat.
“Saya setuju, pemimpin beri pandangan TAK SALAH.” kata Annuar lagi
dengan menyertakan tangkapan layar hantaran Najib di facebook semalam.
Sebelum ini ahli Umno kecoh apabila Najib yang popular dengan julukan Bossku
mencadangkan Umno agar memberikan sokongan kepada Anwar yang juga Ahli
Parlimen Port Dickson sebagai perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyddin
Yassin jika kemahuan Umno tidak dituruti.
Cadangan itu menyebabkan perbalahan di kalangan penyokong-penyokong pemimpin
termasuk penyokong Najib dan Annuar.
No comments:
Post a Comment