SIBUK seantero Tanah Melayu ini bahawa Tun and geng dah cukup jumlah 129 MP yang berpihak kepada Tun. Lalu sekali lagi cybertrooper
PH mewiridkan “PH di bawah pimpinan Tun akan mengambil alih tampuk
pemerintahan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Tuan akan bertemu
YDPA dalam sedikit masa lagi.
Saya hairan… apa yang kamu semua
masih percayakan Tun itu? Lebih menghairankan bila Anwar sendiri
kononnya akan sekali lagi menyokong Tun menumbangkan PN. Adoi… Tak tahu
lah nak kata apa. Dah banyak kali Tun terajang kamu pun kamu masih
mendaulatkan Tun. Rakyat kat tepi jalan ini dah nampak jelas kenderaan
yang dipandu Tun terbabas ke kiri dan ke kanan.
Tapi kamu kat dalam kenderaan masih bersorak bangga punya driver seperti Tun. Masih segar dalam ingatan… Tun tiba-tiba brek mengejut dan kamu semua tercampak keluar melalui tingkap, berselerak atas jalan raya. Tiba-tiba kamu semua berebut-rebut pula masuk dalam kenderaan yang sama dan masih bersemangat menyuruh driver yang sama memandu untuk kamu. Memang PH ini pakatan haru-biru.
Ke mana lagi kamu harap Tun bawa kamu? Tun dah ibarat GPS yang rosak. Bacaannya dah tak betul. Kalau arahan kata belok kiri, belum tentu kiri.
Yang peliknya PKR, PAN dan DAP masih menyalahkan Umno dan PAS dalam soal kejatuhan Kerajaan mereka dan tertubuhnya Kerajaan baru PN. Tangkal apa lah yang Tun pakai sampai kamu tak nampak kecelaruan politik Tun. Betul Tun adalah antara arkitek negara yang telah berjaya mencorak negara dengan baik. Tapi itu dulu, tidak lagi sekarang.
Secara peribadi satu perkara yang saya sangat berterima kasih kepada Tun iaitu kejayaan Tun menghalang Anwar dari menduduki kerusi PM. Terima kasih Tun.
Sekarang Tun kononnya menyarung baju rantai sekali lagi turun ke medan pertarungan. Ikrar Tun ialah menggulingkan TSMY dan PN. Kalau boleh saya bertemu dengan Tun saya akan bertanya atas alasan apa Tun mahu menggulingkan TSMY dan PN. Biar Tun jawab dengan jujur dan keluar dari bayangan DAP. Untuk agama dan bangsa?
Di mana ruginya agama dan bangsa di bawah PN? Sedangkan Tun sendiri menyedari bagaimana tergugatnya agama dan kedudukan bangsa di bawah PH yang didominasi oleh DAP. Kalaupun Tun nak meneruskan serangan terhadap TSMY kerana kepentingan peribadi Tun dan anak. Maka wajarkah Tun mengajak rakyat dan negara bergelumang dan berselut dalam baruh politik sekadar untuk kepentingan peribadi Tun. Fikrah Negarawan kah itu?
USTAZ MOKHTAR SENIKAhli Jawatankuasa Kerja
No comments:
Post a Comment