Kerajaan
negeri seharusnya akur dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin pada Ahad.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, kerajaan negeri tidak boleh mewujudkan peraturan lain
kerana mana-mana peraturan yang bertentangan dengan Kerajaan
Persekutuan, peraturan itu boleh terbatal dengan sendirinya.
“Kalau kerajaan Pulau Pinang, contohnya,
kalau tidak mahu laksanakan penguatkuasaan, pegawai dari peringkat
persekutuan boleh ambil tindakan undang-undang sekiranya ada kegagalan
mematuhi SOP kerana undang-undang peringkat persekutuan boleh
dilaksanakan di peringkat negeri,” katanya dalam sidang media harian di
sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media berkaitan kenyataan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menegaskan negeri itu
tidak akan melaksanakan PKPP pada 10 Jun nanti.
No comments:
Post a Comment