Oleh Athirah Huda Zalhe
2 parti jelas bersepakat ganggu nilai Islam dibawa kerajaan negeri
BANGI
– Tidak perlulah DAP dan MCA sibuk campur tangan dalam urusan kerajaan
negeri Terengganu, apatah lagi dua parti berkenaan sering terpalit
dengan kepincangan ketidakpuasan hati rakyat.
Ahli
Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Muhammad
Rusdi Alias berkata, biarkan sahaja kerajaan Terengganu mentadbir dan
mengurus negeri mengikut cara sendiri, yang sudah pasti perlu
diselarikan mengikut apa yang diperintah dalam Islam.
Membidas
tindakan DAP dan MCA mengutuk hasrat Terengganu memelihara kehormatan
wanita, beliau berkata, dua parti rasis berkenaan sepatutnya melihat
dahulu kesan baik daripada langkah kerajaan negeri melarang wanita
menyanyi serta menari di khalayak ramai.
“Lihat
dahulu apa kesan buruk dari segi sosial, hubungan antara kaum dan
ekonomi daripada larangan ini. Kemudian baru mereka boleh komen.
“Penting
juga untuk kita tahu apakah motif DAP dan MCA bersama-sama serta
berpakat mengutuk keputusan tersebut. Apakah di sana ada kepentingan
bersama antara DAP dan MCA dalam perkara ini?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu,
DAP dan MCA mengutuk hasrat Terengganu yang mahu mewartakan garis
panduan penganjuran program hiburan kebudayaan dan pelancongan dalam
masa terdekat.
Pengarah
Biro Hal Ehwal Pembangunan DAP Kelantan dan Terengganu, Lee Chin Chen
menyifatkan peraturan hiburan dan pertunjukan kebudayaan yang diusulkan
oleh kerajaan negeri itu sebagai melanggar hak asasi kebebasan rakyat
serta menyebabkan Terengganu selangkah menjadi negeri mundur.
“Seperti
peraturan tidak masuk akal hanya membenarkan lelaki membuat pertunjukkan
di atas pentas terbuka, sebaliknya pertunjukkan oleh wanita hanya boleh
dibuat di tempat tertutup dan ditonton oleh penonton wanita sahaja,”
katanya.
Sementara
itu, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam reaksi terhadap isu
sama turut menyifatkan hasrat Terengganu itu sebagai mundur,
mendiskriminasi jantina, ekstrem dan tidak menguntungkan ekonomi.
Tidak
hanya bersatu hati dalam hal membabitkan kepentingan kaum Cina, Muhammad
Rusdi berkata, sikap ditonjolkan dua parti berkenaan berhubung isu itu
juga menjelaskan kesepakatan DAP dan MCA untuk menganggu pelaksanaan
nilai-nilai Islam yang dibawa oleh kerajaan Terengganu.
“Sebagai
umat Islam, kita mesti mampu membaca dan memahami agenda tersirat
kumpulan yang tidak senang dengan perlaksanaan Islam seperti ini.
Janganlah kita jadi naif dengan melihat perkara selapis sahaja.
“Kerajaan
Terengganu juga diminta tidak tunduk dengan desakan DAP dan MCA ini.
Kepimpinan adalah amanah Allah untuk memimpin rakyat melaksanakan
perintahNya. Selagi mana kerajaan negeri berpegang kepada perintah
Allah, maka pasti Allah akan peliharan dan menurunkan barakah kepada
kerajaan serta rakyatnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment