Kenapa UJ nak ambil alih TH kalau nak kurangkan komitmen kerajaan?
BANGI – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipercayai bakal menguasai empat buah hotel milik Tabung Haji (TH), dan bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali mendakwa, perkara berkenaan dibangkitkan merujuk
kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.
“Kebetulannya, timbalan menteri kewangan
menyatakan: “Bila hotel dapat dijalankan dengan baik nanti, kita akan
beri TH untuk sama ada dia nak balik ke tidak masa itu. Kalau waktu itu
TH kata kami rindulah, nak balik semula dengan anak dia semula, ya, kita
boleh berunding.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Khairuddin berkata, kenyataan berkenaan menimbulkan tanda tanya sekiranya janji yang tidak bertulis itu boleh dipegang.
“Pertama, adalah begitu senang sekalikah
pemindahan empat buah hotel ini dibuat kembali, sedangkan pemindahan ini
adalah urus niaga rasmi yang lengkap dengan perjanjian bertulisnya, di
mana Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) telah menerbitkan sukuk sejumlah
RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi
ini?
“Kedua adalah kenyataan rasmi TH dan UJ
memaklumkan bahawa, langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini dari
TH adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi
mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen
kerajaan.
“Soalannya pula adalah, mana satu mandat
yang didakwa telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen
kerajaan ini? Jika tujuannya adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan
mengapa ia dipindahkan ke UJ, syarikat milik kerajaan, dan logikkah ia
dipindahkan kembali ke kerajaan (TH)?,” soalnya.
Terdahulu, tular di media sosial sepucuk
surat bertarikh 17 Februari 2020 dari TH Hotel & Residences Sdn Bhd
(THHR) mengenai penutupan operasi empat rangkaian hotel TH.
Bagaimanapun, TH dan Urusharta Jamaah Sdn
Bhd (UJ) dalam kenyataan bersama berkata, operasi yang telah dipindah
milik kepada UJ akan diteruskan di bawah UJ Property Management Sdn Bhd
(UJPM) iaitu anak syarikat milikan penuh pengurusan baharu itu.
Hotel yang terbabit ialah TH Hotel Kota
Kinabalu, TH Hotel Bayan Lepas, TH Hotel & Convention Centre Alor
Setar dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu dan akan
kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Hotel Raia
mulai 1 April ini.
No comments:
Post a Comment